Kesimpulannya
bahawa sektor pertanian adalah merupakan penyumbang yang terpenting dalam
peningkatan ekonomi bukan hanya diperingkat globalisasi, malah bagi kepentingan
masyarakat di Malaysia disamping memperkukuhkan taraf hidup masing-masing. Hal
demikian kerana tanpa usaha serta keseungguhan oleh rakyat kita sendiri yang
terlibat dalam kancah sektor pertanian yang berasaskan perniagaan yang mana
keadaan ekonomi Negara yang semakin lembap sepertimana yang berlaku pada hari
ini.Segala komitmen yang tinggi oleh semua pihak amatlah diperlukan dalam
memajukan sektor pertanian di Negara kita serta mewujudkan idea bagi mengatasi
konflik demi untuk memajukan lagi sektor pertanian disamping dapat menjana
serta memelihara keindahan flora dan fauna di sekeliling kita.Seperti mana yang
terkandung dalam Rancangan Malaysia ke-9 dalam usaha kerajaan merancang segala
strategi bagi meningkatkan prestasi sektor pertanian yang dijangka akan lebih
berkembang sebanyak lima peratus dalam jangka masa setahun. Merujuk Rancangan Malaysia
Ke-9 juga mempunyai strategi yang utama sektor ini adalah berdasarkan kepada
peningkatan nilai tambah,perladangan komersial berskala besar, penggembelingan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), dan bioteknologi, peningkatan
produktiviti, penyertaan sektor swasta sebagai pemangkin pertumbuhan,
penyediaan prasarana dan akhir sekali
iaitu dalam memastikan kecekapan institusi pelaksana.
Disamping
itu juga modal insan adalah merupakan tunjang yang utama dalam pembangunan
dalam sektor pertanian.Ini jelas bahawa isi kandungan dalam Rancangan Malaysia
kesembilan ( RMK9) yang telah menggariskan beberapa strategi dalam melahirkan
tenaga yang terlatih dalam sektor ini lantas dapat melahirkan golongan usahawan
yang menjadi peneraju industri ini. Selain itu juga bahawa Industri kecil dan
sederhana (IKS) juga dapat mempunyai tanggungjawab dalam menyertai sistem
rangkaian pembekal perniagaan tani dunia. Menurut Fatimah Mohd.Arshad (2013),
dalam rencananya iaitu dalam usaha menyokong pembangunan pertanian dan
perniagaan tani Rancangan Malaysia Kesembilan turut menyediakan strategi dalam
membantu sektor ini seperti dengan penglibatan oleh GLC dalam perniagaan tani,
strategi dalam memastikan kelestarian sumber terutama tenaga dan air, strategi
untuk memelihara persekitaran serta memastikan agensi pelaksa melaksanakan
fungsi masing-masing dengan cekap.
No comments:
Post a Comment