Sektor
pertanian yang berkembang maju dan berkualiti dapat dicapai melalui sokongan serta
bantuan oleh pihak kerajaan. Oleh yang demikian terdapat beberapa langkah yang
telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan antaranya iaitu melalui pendekatan
sistem permakultur. Menurut Alamah Misni, Muhammad Arbain Md Zaki dan Faridatul
Akma Abdul Latif (2014), bahawa konsep permakultur ini telah diperkenalkan pada
tahun 1970 lagi oleh Mollison dan David Holmgren sebagai satu alternatif kepada
industri pertanian yang berteraskan skala besar. Menurut mereka bahawa sistem
ini boleh didefinisikan sebagai satu rekabentuk pertanian yang bersifat
produktif, dapat mengekalkan kepelbagaian, kestabilan dan daya tahan ekosistem
bumi. Bukan itu sahaja, tetapi sistem permakultur juga merupakan rekabentuk
pertanian yang dapat membuahkan manfaat yang positif dalam aspek pengurusan
tenaga, kitaran nutrien, keseimbangan ekologi dan pembangunan masyarakat.
Tambah mereka lagi, berdasarkan kepada peningkatan dalam sistem ini oleh pihak
kerajaan dapat memberi impak positif contohnya memanjangkan tempoh musim
sesuatu pertanian, penghasilan produk yang berkualiti, sihat dan selamat
disamping dapat mengekalkan prasarana persekitaran yang sihat diladang
pertanian. Kuala Ping yang terletak di Terengganu adalah sebagai salah satu
contoh lokasi pendekatan sistem ini dilaksanakan yang mana melibatkan gunatanah
pertanian yang lestari di Malaysia. Senario ini menunjukan bahawa bagaimana
rekabentuk semula landskap pertanian yang terdapat di Kuala Ping ini adalah
melalui kaedah permalkultur dapat memelihara serta mengekalkan daya ekosistem tempatan.
Selain itu juga, mereka mengatakan bahawa sistem ini turut dapat
mengintegriasikan alam sekitar serta kehidupan di bumi ini menerusi penggunaan
teknologi pertanian hijau.Ini dapat melancarkan lagi aktiviti perniagaan yang
berasaskan pertanian kerana dapat mengelakkan sebarang masalah dalam sektor
pertanian di Negara kita.Justeru mereka juga menambah lagi bahawa gagasan
sentral sentral yang sediada dapat menghasilkan produk makanan yang berkualiti.
Impak yang sihat daripada usaha pihak kerajaan ini juga dapat meningkatkan
serta menaiktarafkan bidang pertanian di Negara kita.
Pihak
kerajaan juga telah meningkatkan penggunaan kaedah bioteknologi dalam memasikan
sektor pertanian di Negara kita berada dalam kedudukan yang tinggi.
Bioteknologi moden mempunyai pengaruh yang kuat pada hari ini khasnya dalam
bidang pertanian serta telah banyak penemuan baru yang telah dihasilkan oleh para
saintis bertujuan meningkatkan kualiti kualiti kehidupan dalam semua aspek.
Sebagai contoh penghasilan buah tomato yang mempunyai gen pengawal buah masak
yang mana buah ini dapat menghasilkan buah yang sangat lembik dan segar. Penemuan
seperti ini lantas akan menguntungkan para petani,pembekal serta para pembeli
kerana dapat bekalan buah yang segar semasa berada dipasaran.Sehubungan dengan
itu juga, penemuan seperti tumbuhan transgenic yang mempunyai fungsinya iaitu
memberi manfaat kepada golongan petani selain dapat meningkatkan kualiti hidup
manusia sejagat pada masa kini. Menurut Mus Chairil Samani, Latifah Amin,
Jamilah Maliki dan Nurul Illyana Rezali (2010), telah mengatakan berkenaan
dengan kaedah bioteknologi telah dikaji kerana pihak kerajaan Malaysia telah
mengenalpasti bahawa kaedah ini adalah salah satu daripada lima teknologi teras
yang dapat mempercepatkan proses transformasi ini adalah untuk mewujudkan
sebuah Negara yang maju menjelang tahun 2020. Tambah mereka lagi, pihak
kerajaan juga telah memberi penuh sokongan dan komitmen yang tinggi dalam
meningkatkan sektor pertanian yang berteraskan penggunaan bioteknologi ini
sepertimana yang terkandung dalam Rancangan Malaysia ke-9.
No comments:
Post a Comment