BANTUAN KERAJAAN

Monday, December 26, 2016

CABARAN/HALANGAN BIDANG PERNIAGAAN BERASASKAN PERTANIAN

Terdapat beberapa cabaran dan halangan yang menjadi kekangan yang perlu dihadapi oleh pengusaha dalam menceburi diri dalam bidang perniagaan berasaskan pertanian. Antaranya yang sering dikaitkan iaitu penggunaan teknologi, halangan tanah dan juga modal. Dengan keadaan ekonomi yang melanda Negara kita pada hari ini memburukan lagi pengurusan sektor pertanian.

4.1 Kekangan teknologi terkini
Masalah seperti penglibatan teknologi memberikan impaks kepada perniagaan berasaskan pertanian yang terdapat di Malaysia. Penggunaan teknologi yang kurang bermutu lantas melambatkan proses pengeluaran sumber pertanian. Contohnya penanaman nanas yang memerlukan tekonologi yang bersesuaian bagi melancarkan lagi aktiviti pengluarannya. Perdana Menteri Malaysia berkata semasa plancaran projek Teras Strategi Laautan Biru Kebangsaan 3 bahawa antara cabaran dan kekangan yang perlu ditangani adalah perubahan cuaca, peningkatan harga input seperti baja dan racun, keselamatan makanan serta kebergantungan terhadap buruh asing.Bukan itu sahaja, beliau berkata “kita perlu cari jalan yang kreatif suapaya boleh menangani cabaran-cabaran yang saya sebutkan itu dan teknologi serta keupayaan kita lakukan inovasi merupakan anak kunci dalam menghadapi dugaan serta cabaran dalam bidang pertanian.Tambah beliau lagi berkata penggunaan sistem 3T (tanam,tinggal dan tunai) yang digunakan pada masa dahulu tidak lagi sesuai pada masa kini dan ini disebabkan oleh pelbagai kekangan dalam sektor pertanian.Contohnya lot milik kerajaan Kementerian Pertahanan tersebut didapati tidak sesuai untuk tanaman kerana mempunyai tanahnya yang masam dan sentiasa banjir. Disamping itu juga Perdana Menteri telah mengambil contoh penanaman tembikai madu (rock melon) dibawah strategi tersebut yang disifatkan sebagai model yang sangat baik bagi membolehkan para pertain dapat menerapkan penggunaan teknologi baru.




4.2 Halangan tanah
Menurut Mat dan Abdul Majid melalui bukunya “ International Journal of Environment,Society and Space (2015), kajiannya mengatakan bahawa terdapat pengusaha pertanian menghadapi halangan atau masalah yang berkaitan dengan tanah seperti keluasan tanah yang tidak ekonomik , tanah yang kurang sesuai untuk pertanian dan masalah sewa tanah. Tambah mereka lagi persaingan guna tanah untuk pembangun lain adalah punca kepada kekurangan tanah kosong bagi melakukan aktiviti pertanian.Kesan daripada itu lantas membawa kepada aktiviti pertanian ke kawasan Bandar. Contohnya terdapat pengusaha pertanian mempunyai tanah untuk bertani di dalam bandar, namun saiz atau keluasan tanah amat terhad. Bukan itu sahaja, keluasan atau saiz tanah amat terhad serta merumitkan mereka untuk meluaskan aktiviti pertanian. Selain itu juga masalah berkaitan dengan harga sewa tanah turut menjadi bebanan oleh para pengusaha.
Terdapat pengusaha pertanian yang menyewa tanah orang lain untuk menjalankan aktiviti pertanian dibandar dan disebabkan oleh urbanisasi, harga tanah di Bandar semakin meningkat. (Ghazali.2011:2013) Aktiviti seperti pembangunan dan juga pencemaran turut menjadi punca kepada tahap kesuburan tanah.Tambah mereka lagi bahawa tanah merupakan sesuatu yang amat penting bagi pengusaha pertanian. Hal demikian kerana dari segi ekonomi bahawa tanah adalah merupakan salah satu faktor pengeluaran. Aktiviti pengeluaran seperti sama asa pertanian, industri berat, perkhidmatan dan sebagainya tidak dapat dilaksanakan tanpa tanah.Kesukaran dalam sektor pertanian akan terus rumit jika proses permintaan dan penggunaan tanah meningkat apabila terdapat kemajuan serta peningkatan  ke atas tahap aktiviti ekonomi dan berikutan ini akan melibatkan secara tidak langsung pengambilan tanah pertanian.







4.3 Halangan Modal
Input yang menjadi nadi utama dalam dunia perniagaan adalah berkait rapat dengan modal.Bukan hanya terhadap perniagaan besar sahaja yang memerlukan modal akan tetapi pernigaan kecil-kecilan juga turut memerlukan modal bagi mendirikan atau menjayakan sesuatu perniagaan.Dalam usaha memajukan sektor pertanian dalam Negara kita juga mempunyai masalah modal dari segi kewangan selain masalah yang lain.Lebih-lebih lagi dengan keadaan mata wang Negara kita yang tidak stabil pada hari ini memberikan tekanan kepada semua pihak dan ruang perniagaan dalam sektor pertanian kemungkinan berkurangan.Bukan itu sahaja, malah sektor-sektor yang lain seperti industry berat, perkapalan, pembangunan dan sebagainya  juga turut mengalami halangan modal untuk memajukan sesuatu perniagaan.
Merujuk kepada sektor pertanian bahawa modal adalah merupakan tulang belakang dalam menanggung kos-kos pengeluaran.Menurut Mat dan Abdul Majid melalui bukunya “ International Journal of Environment,Society and Space (2015), menyatakan bahawa pengusaha pertanian menghadapi halangan modal dari segi menggunakan balik modal dalam aktiviti pertanian itu sendiri. Olawepo (2012), turut menyatakan dalam kajiannya bahawa kekurangan sokongan khasnya dari segi aspek kewangan adalah merupakan cabaran yang utama bagi pengusaha pertanian Bandar di Ilorin, Negeria. Tambah mereka lagi walaupun subsidi untuk baja telah diberi oleh pihak kerajaan, namun tidak mencukupi. Hal demikian kerana mereka masih berhadapan dengan masalah kekurangan modal dalam membeli input pertanian yang lain.Kekurangan kemudahan kredit dan input adalah merupakan punca yang menyebabkan masalah kekurangan modal. Mereka menjelaskan lagi bahawa dengan mewujudkan kemudahan kredit dan penggunaan input pertanian yang dirancang rapi iaitu dari segi penghantaran serta penggunaannya maka pengeluaran pertanian dapat ditingkatkan dengan berjaya.



No comments:

Post a Comment