Pada abad ke -19 lagi,pengenalan tentang sistem ladang
dan pertanian komersial di negara kita telah bermula melalui pelaburan modal
asing oleh syarikat-syarikat perladangan Eropah bagi memenuhi keperluan
industri di negara-negara barat ketika itu. Antara tanaman yang diperkenalkan
dalam sistem ladang ini ialah komoditi penting yang berpotensi untuk eksport
dan memenuhi keperluan pasaran seperti getah, kelapa sawit, nenas, teh dan lada
hitam. Sime Darby, Socfin, Guthrie, Golden Hope Plantation dan Cameronian
adalah merupakan antara syarikat pelaburan modal asing yang berjaya
mengusahakan tanaman komersial. Tidak dinafikan tulang belakang ekonomi negara
sejak sekian lama ialah industri pertanian. Bidang pertanian merupakan satu
industri yang terus relevan dengan perkembangan semasa kerana keperluan
industri ini memenuhi keperluan negara dan masyarakat. Walau bagaimanapun untuk
menceburi bidang pertanian secara komersial memerlukan ilmu, kepakaran dan
modal yang besar. Bukan itu sahaja malah masyarakat Melayu selepas merdeka
hinggalah pengenalan Dasar Ekonomi Baru masih merupakan golongan petani
tradisional yang mana mereka telah mengusahakan tanah dengan tanaman makanan
untuk keperluan sendiri atau jualan yang berskala kecil dengan pengeluaran yang
terhad serta penggunaan teknologi yang kurang kepenggunaannya.
Selari dengan dunia moden masa kini, sektor pertanian
merupakan salah satu intipati sumber pendapatan yang amat bernilai dalam
sesebuah Negara. Hal yang demikian kerana sektor pertanian adalah merupakan
pembekal makanan serta sumber bahan mentah kepada semua lapisan masyarakat.
Pertanian boleh didefenisikan sebagai proses output makanan dan barangan
melalui pekebunan, penanaman, penternakan serta perhutanan. Ini dapat dijelaskan dengan merujuk kepada
senario pada masa kini yang mana pihak kerajaan kita sendiri amat menekankan
sektor ini. Sebagai contoh industri kelapa sawit dan getah yang semakin
meningkat serta mendapat permintaan yang tinggi daripada Negara luar selain
untuk kegunaan rakyatnya. Menurut Fatimah
Bukan itu sahaja, malah masyarakat juga turut terlibat
dalam sektor pertanian disamping meningkatkan taraf hidup yang semakin tinggi
dan menampung isi pendapatan keluarga. Kebijaksanaan sesebua Mohd.Arshad
(2013), dalam rencana beliau yang mengatakan bahawa dengan merujuk kepada
Rancangan Malaysia kesembilan (RMK9) yang menempah era kegemilangan untuk
sektor pertanian dan usaha pihak kerajaan yang bijak dalam menyediakan
pendekatan baru untuk mengembalikan semula era kecermelangan pertanian sebagai
penjana ekonomi Negara kita. Negara dalam menaik taraf sektor pertanian dapat
melihatkan kebolehan Negara tersebut membekalkan makanan yang mencukupi kepada
rakyatnya. Sehubungan dengan itu, Negara-negara maju seperti China, Korea dan Jepun
tidak sama sekali memandang ringan sektor pertanian di Negara mereka, akan
tetapi meletakkan sektor ini diperingkat perniagaan global. Antara salah satu
jenis dalam sektor pertanian yang diusahakan mereka iaitu industri sayur-sayuran
dan tumbuhan herba. Bukan itu sahaja, melalui media masa pada hari ini yang
mana setiap citarasa dalam makanan harian kebanyakannya lebih kepada
sayur-sayuran dan buah-buahan disamping masyarakatnya menjaga kesihatan. Jelas
sekali bahawa sektor pertanian bukan sahaja untuk kepentingan ekonomi, malah
bagi mengekalkan tahap kesihatan. Tindakan serta langkah yang bijak dalam
meningkatkan daya saing sesebuah Negara perlu diperkukuhkan untuk berhadapan
dengan halangan dan cabaran seiring meningkatkan pertumbuhan sektor pertanian
ini.
Saya tidak dapat berterima kasih kepada perkhidmatan pembiayaan lemeridian yang cukup dan membiarkan orang tahu betapa saya bersyukur atas segala bantuan yang anda dan kakitangan pasukan anda telah menyediakan dan saya berharap untuk mengesyorkan rakan dan keluarga sekiranya mereka memerlukan nasihat atau bantuan kewangan @ 1,9% Kadar untuk Pinjaman Perniagaan .Via Hubungi:. lfdsloans@lemeridianfds.com / lfdsloans@outlook.com. WhatsApp ... + 19893943740. Teruskan kerja hebat.
ReplyDeleteTerima kasih, Busarakham.