BANTUAN KERAJAAN

Monday, December 26, 2016

KEPENTINGAN BIDANG PERTANIAN

Isu mengenai fenomena “kenaikan harga makanan” yang melanda Negara kita baru-baru ini amat memberikan impak yang hangat kepada semua lapisan masyarakat. Kenaikan harga minyak adalah punca kepada fenomena ini dan juga bahan mentah seperti sumber petroleum. Sehubungan dengan ini jelas sekali bahawa sektor pertanian amat memainkan peranan yang penting dalam menyumbang kepada ekonomi Negara. Sektor pertanian boleh dikelaskan kepada dua iaitu pertanian Bandar dan luar Bandar yang sama-sama mempunyai dasar kepentingan dalam bidang perniagaan.


2.1      Kepentingan bidang pertanian dalam Bandar

2.1.1 Atasi masalah sekuriti makanan
Aspek seperti makanan, pekerjaan, peningkatan alam sekitar, pendidikan, pengindahan kawasan setempat serta inspirasi adalah diwujudkan daripada sektor pertanian. Peluang masyarakat bandar untuk bekerja dalam bidang pertanian juga terbuka dan ini lantas membantu usaha pihak kerajaan dalam menjayakan dasar-dasar kerajaan bagi menangani masalah pengangguran yang amat merunsingkan.Bukan itu sahaja, pergerakan pertanian Bandar adalah merupakan faktor  kepada peningkatan harga makanan, penghapusan subsidi makanan, jaringan keselamatan sosial yang lemah, kesedaran sekuriti makanan serta tabiat gaya hidup sihat. Disamping itu juga pertanian bandar dapat memenuhi pelbagai peranan dan manfaat contohnya menghasilkan sumber makanan yang segar dan berkhasiat, mendidik golongan belia, membersihkan tapak sisa buangan, menyediakan utiliti kepada golongan berusia, membina masyarakat serta meningkatkan program kitar semula. Pertanian Bandar juga penting dalam menyelesaikan masalah sekuriti makanan pada golongan miskin di Bandar dan ini perlu di ketengahkan serta dipertimbangkan dalam konteks yang lebih besar. Oleh yang demikian bahawa aspek sekuriti makanan adalah langkah yang bijak untuk mempromosikan pertanian Bandar.


2.1.2 Menangani  masalah ketidakadilan sosial
Sektor pertanian juga penting dalam mengatasi senario ketidakadilan sosial yang dipandang ringan oleh segelintir pihak pada masa kini. Sehubungan dengan ini bahawa tumpuan kepada pengeluaran ladang dipersekitaran bandar juga adalah daripada wujudnya dari usaha yang gigih oleh pihak kerajaan dalam memperluaskan pertanian bandar. Bukan itu sahaja, penggunaan teknologi yang canggih turut dipertingkatkan bagi mencapai hasil pengluaran yang lebih efiksen dan lebih terancang.Sumber mata pencarian dan sosial-ekonomi serta strategi yang cekap adalah merupakan teras yang utama dalam pertanian bandar.Selain itu juga pertanian Bandar merupakan adalah sebagai satu alternative kepada masyarakat dalam menghadapi krisi ekonomi yang melanda Negara kita pada masa kini.
Contohnya dengan wujudnya masalah ekonomi Negara yang memberikan impak yang negatif kepada perbelanjaan rakyat. Kadar harga beli yang tidak stabil sekarang amat merunsingkan dan kemungkinan menyebabkan tekanan hidup dalam segelintir masyarakat. Oleh yang demikian bahawa sektor pertanian memainkan peranan dalam menyumbang kepada peluang pekerjaan, menjana pendapatan isi rumah, penyediaan makanan dan pasaran bagi sektor-sektor lain dalam ekonomi Negara kita.

2.1.3 Mengatasi masalah kemerosotan alam sekitar
Sektor pertanian turut memainkan tanggungjawab yang tinggi terhadap alam sekitar yang mana aktiviti pertanian bandar dapat meningkatkan ruang hijau di bandar. Selain itu juga aktiviti pertanian dapat melahirkan suasana bandar yang sihat. Lee- Smith (2010), dalam kajiannya menyatakan apa yang berlaku di Afrika telah melihat bahawa sektor pertanian bandar sebagai satu bentuk aktiviti pertanian yang semakin meningkat dilakukan diseluruh dunia terutamanya di Negara-negara membangun.Sehubungan dengan itu juga bahawa peningkatan sektor pertanian Bandar yang melebihi pertumbuhan manusia juga turut memberikan faedah yang berkesan khususnya kepada kesihatan manusia disamping membantu usaha pihak kerajaan membasmi tahap kemiskinan serta kebuluran dinegara kita.

      Dalam konteks pembandaran yang membangun,pertanian bandar diperlukan sebagai satu langkah untuk menurunkan masalah kekurangan makanan bagi masyarakat miskin dalam bandar (Crush et. al.2011). Bukan itu sahaja, Pearson et al.(2011) juga menyatakan bahawa golongan miskin amnya dibandar-bandar terdedah kepada isu-isu kenaikan harga barangan.Oleh yang demikian keupayaan dalam menjana makanan mereka sendiri akan membawa kepada perbezaan yang ketara terutamanya semasa berlaku krisis makanan.
      Kajian Ratnawati Yuni Suryandari (2012) yang bertajuk “Bertani Dalam Bandar dan Kesan-kesannya Kepada Komuniti Tempatan dan Persekitaran Bandar: Kajian Kes Jakarta Barat dan Tangerang,Indonesia’. Berdasarkan daripada kajian beliau yang memberikan fokus terhadap kajian kesan-kesan pertanian Bandar yang mempengaruhi masyarakat hasil daripada aktiviti pertanian di dalam Bandar dari aspek ekonomi, sosial dan ala sekitar. Bukan itu sahaja, malah beliau juga melihat kepada persepsi para petani berkenaan dengan prospek bertani didalam Bandar dan impak pertanian kepada para petani.

2.1.4  Meningkatkan pertanian Bandar komersial dan bukan komersial
Pada hari ini dapat kita lihat wujudnya pelbagai jenis pertanian di Negara kita yang mana dapat dikategorikan kepada dua elemen iaitu pertanian Bandar komersial dan bukan.Jadual 1 mengelaskan jenis-jenis pertanian Bandar bukam komersial yang dilakukan oleh masyarakat pada masa kini , manakala jadual 2 mengelaskan jenis pertanian bandar komersial.
















Jadual 1: Jenis-jenis pertanian Bandar yang bukan komersial serta keterangannya

Jenis-jenis Pertanian Bandar
Keterangan
Taman persendirian
(private garden)
Taman-taman persendirian hak milik individu yang terletak di belakang rumah, halaman rumah, bumbung, balkoni dan sebagainya yang berhampiran dengan persekitaran rumah. Menghasilkan makanan untuk kegunaan sendiri.
Taman komuniti
(community garden)
Pengeluaran berskala kecil hingga sederhana, tumbuhan hiasan dan yang menghasilkan makanan. Plot tanah bersambung yang terletak dalam kawasan perumahan, tanah hak milik awam atau swasta yang diuruskan secara kolektif oleh satu kumpulan. Hasil pengeluaran biasanya untuk kegunaan sendiri dan pendidikan.
Taman institusi
(institutional garden)
Kawasan penanaman tanaman yang menghasilkan makanan yang terletak di institusi awam atau swasta (sekolah, hospital, pertubuhan agama dan tempat kerja), kawasan kediaman, kawasan komersial atau bercampur yang diuruskan oleh sebuah organisasi atau perniagaan. Tujuan berkebun adalah untuk pendidikan, terapeutik dan khidmat masyarakat. Hasil pengeluaran biasanya digunakan untuk menderma juga boleh dijual bagi tujuan simpanan kewangan untuk aktiviti-aktiviti berkebun.
Taman demonstrasi
(demonstration garden)
Taman kecil berasaskan pengeluaran makanan yang terletak di kawasan persendirian, kawasan perumahan, kawasan komersial dan sebagainya bagi tujuan demonstrasi sahaja. Diuruskan oleh agensi kerajaan tempatan, organisasi komuniti atau organisasi perniagaan. Hasil pengeluaran biasanya didermakan kepada organisasi tempatan dan bank makanan.
Kebun dapur
(edible garden)
Penanaman di ruang-ruang kecil di kawasan perumahan awam dan swasta, pusat komersial dan sebagainya. Dilakukan oleh individu dan hasil pengeluaran biasanya digunakan untuk dimakan.
Taman gerila
(guerilla garden)
Penanaman tumbuh-tumbuhan hiasan atau yang menghasilkan makanan secara tidak sah di tanah-tanah persendirian atau awam yang ditinggalkan atau yang dibiarkan kosong. Produk akhir biasanya digunakan untuk pemulihan kejiranan.


Sumber: Hodgson (2011)

Mat &Abdul Majid, International Journal of Environment, Society and Space, 2015, 3(1), 44-56

Jadual 2: Jenis-jenis pertanian Bandar yang komersial dan keterangannya

Jenis-jenis Pertanian Bandar
Keterangan
Kebun pasaran
(market garden)
Pengeluaran tanaman berasaskan makanan atau hiasan yang berskala kecil dan sederhana seperti lebah, ikan, ayam, sayur-sayuran dan sebagainya yang terletak atas tanah awam atau persendirian. Diuruskan bagi tujuan komersial dan menggunakan pelbagai teknik penanaman seperti di atas tanah, hidroponik dan aquaponic. Hasil pengeluaran akan dijual di pasar-pasar atau kedai.
Ladang bandar
(urban farm)
Konsep tanaman sama seperti kebun pasaran tetapi dalam skala yang lebih besar.
Ladang pinggir bandar
(peri-urban farm)
Diamalkan di luar atau di pinggir kawasan metropolitan, kawasan tanaman sering diancam pembangunan masa depan. Operasi pengeluaran adalah berskala besar dan konsep tanaman sama seperti kebun pasaran dan ladang bandar. Teknik penanaman menggunakan teknik organik yang lebih mesra alam dan hasil pengeluaran dipasarkan di kawasan berhampiran metropolitan.
Pembiakan lebah
(beekeeping)
Penyimpanan madu berskala sederhana dan besar bagi kegunaan komersial. Sarang lebah boleh diletakkan bersama-sama dengan kegunaan pertanian lain seperti kebun pasaran dan ladang bandar, juga boleh diletakkan di ruang yang ada di bumbung kediaman, kawasan komersial dan industri. Produk akhir adalah untuk dijual



Sumber: Hodgson (2011)

   Merujuk kepada hasil kajian Rabiul Islam dan Chamhuri Siwar (2012), di Malaysia, pertanian bandar dapat  dilihat sebagai satu komponen untuk pembangunan lestari yang berpotensi untuk menyediakan makanan atau perkhidmatan yang saling berkaitan di dalam atau di pinggir kawasan bandar kerana urbanisasi atau proses pembandaran telah menyebabkan pelbagai masalah kepada sistem makanan, sosial, alam sekitar serta politik di seluruh dunia.Selain itu, sebahagian besar penduduk bandar bergantung kepada pendapatan tunai untuk mengakses makanan dan jumlah pengangguran juga semakin meningkat. Akses kepada makanan merupakan satu keperluan dalam kehidupan manusia. Oleh itu, pertanian bandar dilihat berpotensi untuk dijadikan penyelesaian kepada masalah ini disamping menyumbang faedah kepada sosial dan alam sekitar.








2.2 Kepentingan sektor pertanian luar Bandar
2.2.1 Tingkatkan taraf mutu Pelan Induk Perindustrian Negara
   Sektor perkilangan yang terdapat di kawasan luar bandar telah menunjukan mutu serta hasil pengeluaran sumber pertanian yang memberangsangkan yang mana boleh kita lihat pada hari ini. Contohnya di Sarawak dan Sabah terdapat banyak kilang kelapa sawit yang telah didirikan hampir disetiap daerah. Penglibatan rakyat Sarawak dalam sektor pertanian seperti ini amat ketara sekali yang mana bukan sahaja bagi pihak syarikat besar sahaja, malah rakyatnya sendiri sangat aktif dalam mengusahan tanaman kelapa sawit. Selain itu juga ini secara tidak langsung dapat menambahkan pendapatan isi rumah oleh masyarakat tempatan.Bukan itu sahaja, semangat yang cekal dan rajin adalah nadi yang penting sebelum menceburi sekor ini selain daripada modal.Penyerapan tenaga buruh yang berlebihan supaya isu pengangguran dan guna tenaga dapat diatasi adalah merupakan salah satu daripada matlamat dalam memajukan sektor perkilangan. Oleh yang demikian, Pelan Induk Perindustrian (PIP) telah digubal yang mempunyai peranannya yang tersendiri iaitu dalam memastikan sektor-sektor ini benar-benar dapat menjadi daya penggerak yang paling utama dalam pembangunan ekonomi Negara kita.

2.2.2  Membekalkan sumber-sumber input dan output pertanian luar bandar
Merujuk kepada perspektif ikatan diantara sektor pertanian dan sektor perkilangan adalah mempunyai satu hubung kait dalam yang mana sektor pertanian bukan sahaja memberikan sumbangan tenaga buruh serta makanan kepada sektor perkilangan, bahkan sektor pertanian ini amat penting lagi dalam membekalkan secara langsung dan tidak langsung input-input yang diperlukan oleh sektor perkilangan. Oleh yang demikian bahawa jaringan diantara kedua-dua sektor ini tidak dapat terpisah dan tidak saling bertentangan, bahkan kedua-duanya saling melengkapi di dalam dasar membangunkan Negara. Ini jelas bahawa sektor pertanian di Malaysia mempunyai peranan yang istimewa selari dengan peralihan Negara yang kini menuju kepada sebuah Negara perindustrian. Bukan itu sahaja, selain daripada input-input prima seperti buruh, modal dan pengusaha, malah input-input perantaraan yang merupakan output yang dikeluarkan oleh industri-industri lain juga memainkan peranan masing-masing.Langkah seperti menjual outputnya kepada industri-industri lain didalam sebuah ekonomi adalah merupakan satu jalinan yang menghubungkaitkan diantara industri secara langsung dan tidak langsung lantas tidak bergantung terhadap pembelian input perantaraan.

Antara salah satu output pengeluaran yang mendapat tempat di dunia perniagaan iaitu tanaman padi adalah merupakan salah satu tanaman yang penting dinegara kita. Disamping itu juga sektor ini telah mencapai kejayaan serta permintaan yang tinggi dalam aktiviti perniagaan masa kini. Kedah, negeri yang tidak asing dengan hasil pengeluaran padinya setiap tahun yang mana melibatkan jumlah pengeluaran yang tinggi oleh syarikat-syarikat besar di Malaysia.  Bukan itu sahaja, permintaan oleh Negara luar juga begitu positif dan secara tidak langsung telah mewujudkan satu sistem perniagaan yang berdaya saing disamping mengeratkan hubungan dengan Negara luar seperti China, Thailand dan juga Jepun. Selain penanaman padi yang merupakan makanan utama rakyat Malaysia, pihak kerajaan juga telah menyarankan penanaman getah serta koko secara komersial.


2.2.3 Tingkatkan pertumbuhan dan kemajuan luar Bandar

 Disamping meningkatkan taraf hidup masyarakat luar Bandar, sektor pertanian juga dapat mewujudkan suasana perubahan yang maju dari segi infrastruktur serta kemajuan pembangunan yang didirikan oleh pihak kerajaan. Justeru kehidupan yang selesa dalam diri masyarakat amnya diluar Bandar dapat dinikmati seperti yang kita lihat hari ini. Contohnya dengan adanya banyak felda telah menempatkan ramai masyarakat yang terlibat dalam sektor ini dan memajukan kampung yang terdapat dikawasan luar bandar seperti Felda Aring yang terletak di daerah Gua Musang, Kelantan. Bukan itu sahaja, masalah seperti biasiswa turut diberikan oleh syarikat felda kepada keluarga yang memerlukannya. Ini secara tidak langsung dapat membantu pihak keluarga dalam aspek pendidikan anak-anak mereka. Selain itu keperihatinan oleh pihak kerajaan dapat menaikkan semangat yang tinggi dalam diri masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.Sektor pertanian yang berkembang di kawasan luar bandar juga dapat menaiktarafkan kemudahan seperti Klinik, sekolah, perpustakaan dan juga pekan kecil. Kemudahan seperti ini dapat membentuk masyarakat yang maju dan terkecuali daripada ketinggalan pemodenan Bandar.




No comments:

Post a Comment