BANTUAN KERAJAAN

Monday, December 26, 2016

POTENSI BIDANG PERTANIAN SEBAGAI PERNIAGAAN YANG MENGUNTUNGKAN

Sebagaimana yang kita tahu pada hari ini bahawa bidang pertanian amat bermakna dan mendapat sambutan yang sihat oleh masyarakat kita. Hal demikian kerana bidang pertanian mempunyai potensi yang besar serta menguntungkan dalam aktiviti perniagaan. Bukan hanya diperingkat antarabangsa, malah masyarakat setempat juga melibatkan diri dalam kencanah perniagaan yang berasaskan pertanian disamping dapat menambahkan pendapatan saradiri dalam sesebuah keluarga.Sebagai contoh yang mana pada masa sekarang ramai penduduk di Sabah dan Sarawak yang bergiat aktif dalam pengusahaan penanaman kelapa sawit yang dilakukan diatas tanah sendiri. Kelapa sawit yang merupakan sumber yang amat penting dan memliki harga jual yang tinggi pada hari ini.Bukan itu sahaja, getah, sayur-sayuran, madu kelulut, buah-buahan dan lain-lain lagi juga mendapat sambutan dalam kancah bidang perniagaan. Sebagai contoh keluaran utusan Malaysia (22 November 2016), di Pontian,Johor yang mana Ketua Setiausaha Kementerian dan Industri asas Tani, Datuk Seri Dr.Ismail mengatakan bahawa Singapura dan Brunei adalah merupakan antara Negara yang berminat dalam membeli madu kelulut dan melihat potensi tersebut untuk berkembang. Beliau menambah lagi berkenaan dengan permintaan terhadap madu kelulut dari Negara itu dijangka dapat dipenuhi selepas ketetapan standard produk berkenaan diputuskan pada suku ketiga pada tahun depan.Menurut beliau lagi madu kelulut juga mempunyai khasiat yang sangat baik serta sudah dijenamakan sebagai superfood pertama Negara diperingkat antarabangsa lantas mempunyai potensi yang sangat besar untuk maju ke hadapan.Bukan itu sahaja, malah madu kelulut ini juga mengandungi kadar nutrient yang tinggi serta mengandungi fruktosa,glukosa,maltose selain asid fenolik yang merupakan bahan antioksiden serta mudah menyerap berbanding dengan madu yang lain.Ini jelas membuktikan bahawa penglibatan dalam sektor pertanian yang berasaskan perniagaan dapat memberi banyak manfaat serta menambahkan nilai keuntungan bukan sahaja untuk ekonomi Negara, lantas menambahkan penampatan isi rumah oleh masyarakat di Malaysia.

No comments:

Post a Comment