BANTUAN KERAJAAN

Monday, December 26, 2016

PENGENALAN

Pada abad ke -19 lagi, pengenalan tentang sistem ladang dan pertanian komersial di negara kita telah bermula melalui pelaburan modal asing oleh syarikat-syarikat perladangan Eropah bagi memenuhi keperluan industri di negara-negara barat ketika itu. Antara tanaman yang diperkenalkan dalam sistem ladang ini ialah komoditi penting yang berpotensi untuk eksport dan memenuhi keperluan pasaran seperti getah, kelapa sawit, nenas, teh dan lada hitam. Sime Darby, Socfin, Guthrie, Golden Hope Plantation dan Cameronian adalah merupakan antara syarikat pelaburan modal asing yang berjaya mengusahakan tanaman komersial. Tidak dinafikan tulang belakang ekonomi negara sejak sekian lama ialah industri pertanian. Bidang pertanian merupakan satu industri yang terus relevan dengan perkembangan semasa kerana keperluan industri ini memenuhi keperluan negara dan masyarakat. Walau bagaimanapun untuk menceburi bidang pertanian secara komersial memerlukan ilmu, kepakaran dan modal yang besar. Bukan itu sahaja malah masyarakat Melayu selepas merdeka hinggalah pengenalan Dasar Ekonomi Baru masih merupakan golongan petani tradisional yang mana mereka telah mengusahakan tanah dengan tanaman makanan untuk keperluan sendiri atau jualan yang berskala kecil dengan pengeluaran yang terhad serta penggunaan teknologi yang kurang kepenggunaannya.
Selari dengan dunia moden masa kini, sektor pertanian merupakan salah satu intipati sumber pendapatan yang amat bernilai dalam sesebuah Negara. Hal yang demikian kerana sektor pertanian adalah merupakan pembekal makanan serta sumber bahan mentah kepada semua lapisan masyarakat. Pertanian boleh didefenisikan sebagai proses output makanan dan barangan melalui pekebunan, penanaman, penternakan serta perhutanan.  Ini dapat dijelaskan dengan merujuk kepada senario pada masa kini yang mana pihak kerajaan kita sendiri amat menekankan sektor ini. Sebagai contoh industri kelapa sawit dan getah yang semakin meningkat serta mendapat permintaan yang tinggi daripada Negara luar selain untuk kegunaan rakyatnya.

Bukan itu sahaja, malah masyarakat juga turut terlibat dalam sektor pertanian disamping meningkatkan taraf hidup yang semakin tinggi dan menampung isi pendapatan keluarga. Mohd.Arshad (2013), dalam rencana beliau yang mengatakan bahawa dengan merujuk kepada Rancangan Malaysia kesembilan (RMK9) yang menempah era kegemilangan untuk sektor pertanian dan usaha pihak kerajaan yang bijak dalam menyediakan pendekatan baru untuk mengembalikan semula era kecermelangan pertanian sebagai penjana ekonomi Negara kita. Negara dalam menaik taraf sektor pertanian dapat melihatkan kebolehan Negara tersebut membekalkan makanan yang mencukupi kepada rakyatnya. Sehubungan dengan itu, Negara-negara maju seperti China, Korea dan Jepun tidak sama sekali memandang ringan sektor pertanian di Negara mereka, akan tetapi meletakkan sektor ini diperingkat perniagaan global. Antara salah satu jenis dalam sektor pertanian yang diusahakan mereka iaitu industri sayur-sayuran dan tumbuhan herba. Bukan itu sahaja, melalui media masa pada hari ini yang mana setiap citarasa dalam makanan harian kebanyakannya lebih kepada sayur-sayuran dan buah-buahan disamping masyarakatnya menjaga kesihatan. Jelas sekali bahawa sektor pertanian bukan sahaja untuk kepentingan ekonomi, malah bagi mengekalkan tahap kesihatan. Tindakan serta langkah yang bijak dalam meningkatkan daya saing sesebuah Negara perlu diperkukuhkan untuk berhadapan dengan halangan dan cabaran seiring meningkatkan pertumbuhan sektor pertanian ini. 

No comments:

Post a Comment