Isu mengenai fenomena
“kenaikan harga makanan” yang melanda Negara kita baru-baru ini amat memberikan
impak yang hangat kepada semua lapisan masyarakat. Kenaikan harga minyak adalah
punca kepada fenomena ini dan juga bahan mentah seperti sumber petroleum. Sehubungan
dengan ini jelas sekali bahawa sektor pertanian amat memainkan peranan yang
penting dalam menyumbang kepada ekonomi Negara. Sektor pertanian boleh
dikelaskan kepada dua iaitu pertanian Bandar dan luar Bandar yang sama-sama
mempunyai dasar kepentingan dalam bidang perniagaan.
2.1
Kepentingan
bidang pertanian dalam Bandar
2.1.1
Atasi masalah sekuriti makanan
Aspek
seperti makanan, pekerjaan, peningkatan alam sekitar, pendidikan, pengindahan
kawasan setempat serta inspirasi adalah diwujudkan daripada sektor pertanian. Peluang
masyarakat bandar untuk bekerja dalam bidang pertanian juga terbuka dan ini
lantas membantu usaha pihak kerajaan dalam menjayakan dasar-dasar kerajaan bagi
menangani masalah pengangguran yang amat merunsingkan.Bukan itu sahaja,
pergerakan pertanian Bandar adalah merupakan faktor kepada peningkatan harga makanan, penghapusan
subsidi makanan, jaringan keselamatan sosial yang lemah, kesedaran sekuriti makanan
serta tabiat gaya hidup sihat. Disamping itu juga pertanian bandar dapat
memenuhi pelbagai peranan dan manfaat contohnya menghasilkan sumber makanan
yang segar dan berkhasiat, mendidik golongan belia, membersihkan tapak sisa
buangan, menyediakan utiliti kepada golongan berusia, membina masyarakat serta
meningkatkan program kitar semula. Pertanian Bandar juga penting dalam
menyelesaikan masalah sekuriti makanan pada golongan miskin di Bandar dan ini
perlu di ketengahkan serta dipertimbangkan dalam konteks yang lebih besar. Oleh
yang demikian bahawa aspek sekuriti makanan adalah langkah yang bijak untuk
mempromosikan pertanian Bandar.
2.1.2 Menangani masalah ketidakadilan sosial
Sektor
pertanian juga penting dalam mengatasi senario ketidakadilan sosial yang
dipandang ringan oleh segelintir pihak pada masa kini. Sehubungan dengan ini
bahawa tumpuan kepada pengeluaran ladang dipersekitaran bandar juga adalah
daripada wujudnya dari usaha yang gigih oleh pihak kerajaan dalam memperluaskan
pertanian bandar. Bukan itu sahaja, penggunaan teknologi yang canggih turut
dipertingkatkan bagi mencapai hasil pengluaran yang lebih efiksen dan lebih
terancang.Sumber mata pencarian dan sosial-ekonomi serta strategi yang cekap
adalah merupakan teras yang utama dalam pertanian bandar.Selain itu juga
pertanian Bandar merupakan adalah sebagai satu alternative kepada masyarakat
dalam menghadapi krisi ekonomi yang melanda Negara kita pada masa kini.
Contohnya
dengan wujudnya masalah ekonomi Negara yang memberikan impak yang negatif
kepada perbelanjaan rakyat. Kadar harga beli yang tidak stabil sekarang amat
merunsingkan dan kemungkinan menyebabkan tekanan hidup dalam segelintir
masyarakat. Oleh yang demikian bahawa sektor pertanian memainkan peranan dalam
menyumbang kepada peluang pekerjaan, menjana pendapatan isi rumah, penyediaan
makanan dan pasaran bagi sektor-sektor lain dalam ekonomi Negara kita.
2.1.3 Mengatasi masalah
kemerosotan alam sekitar
Sektor
pertanian turut memainkan tanggungjawab yang tinggi terhadap alam sekitar yang
mana aktiviti pertanian bandar dapat meningkatkan ruang hijau di bandar. Selain
itu juga aktiviti pertanian dapat melahirkan suasana bandar yang sihat. Lee-
Smith (2010), dalam kajiannya menyatakan apa yang berlaku di Afrika telah melihat
bahawa sektor pertanian bandar sebagai satu bentuk aktiviti pertanian yang
semakin meningkat dilakukan diseluruh dunia terutamanya di Negara-negara
membangun.Sehubungan dengan itu juga bahawa peningkatan sektor pertanian Bandar
yang melebihi pertumbuhan manusia juga turut memberikan faedah yang berkesan
khususnya kepada kesihatan manusia disamping membantu usaha pihak kerajaan
membasmi tahap kemiskinan serta kebuluran dinegara kita.
Dalam konteks pembandaran yang membangun,pertanian
bandar diperlukan sebagai satu langkah untuk menurunkan masalah kekurangan
makanan bagi masyarakat miskin dalam bandar (Crush et. al.2011). Bukan itu
sahaja, Pearson et al.(2011) juga menyatakan bahawa golongan miskin amnya
dibandar-bandar terdedah kepada isu-isu kenaikan harga barangan.Oleh yang
demikian keupayaan dalam menjana makanan mereka sendiri akan membawa kepada
perbezaan yang ketara terutamanya semasa berlaku krisis makanan.
Kajian Ratnawati Yuni Suryandari (2012)
yang bertajuk “Bertani Dalam Bandar dan Kesan-kesannya Kepada Komuniti Tempatan
dan Persekitaran Bandar: Kajian Kes Jakarta Barat dan Tangerang,Indonesia’.
Berdasarkan daripada kajian beliau yang memberikan fokus terhadap kajian
kesan-kesan pertanian Bandar yang mempengaruhi masyarakat hasil daripada
aktiviti pertanian di dalam Bandar dari aspek ekonomi, sosial dan ala sekitar.
Bukan itu sahaja, malah beliau juga melihat kepada persepsi para petani
berkenaan dengan prospek bertani didalam Bandar dan impak pertanian kepada para
petani.
2.1.4 Meningkatkan pertanian Bandar komersial dan
bukan komersial
Pada
hari ini dapat kita lihat wujudnya pelbagai jenis pertanian di Negara kita yang
mana dapat dikategorikan kepada dua elemen iaitu pertanian Bandar komersial dan
bukan.Jadual 1 mengelaskan jenis-jenis pertanian Bandar bukam komersial yang dilakukan
oleh masyarakat pada masa kini , manakala jadual 2 mengelaskan jenis pertanian
bandar komersial.
Jadual 1: Jenis-jenis
pertanian Bandar yang bukan komersial serta keterangannya
Jenis-jenis Pertanian
Bandar
|
Keterangan
|
Taman persendirian
(private garden)
|
Taman-taman persendirian
hak milik individu yang terletak di belakang rumah, halaman rumah, bumbung,
balkoni dan sebagainya yang berhampiran dengan persekitaran rumah.
Menghasilkan makanan untuk kegunaan sendiri.
|
Taman komuniti
(community garden)
|
Pengeluaran berskala
kecil hingga sederhana, tumbuhan hiasan dan yang menghasilkan makanan. Plot
tanah bersambung yang terletak dalam kawasan perumahan, tanah hak milik awam
atau swasta yang diuruskan secara kolektif oleh satu kumpulan. Hasil
pengeluaran biasanya untuk kegunaan sendiri dan pendidikan.
|
Taman institusi
(institutional garden)
|
Kawasan penanaman tanaman
yang menghasilkan makanan yang terletak di institusi awam atau swasta
(sekolah, hospital, pertubuhan agama dan tempat kerja), kawasan kediaman,
kawasan komersial atau bercampur yang diuruskan oleh sebuah organisasi atau
perniagaan. Tujuan berkebun adalah untuk pendidikan, terapeutik dan khidmat
masyarakat. Hasil pengeluaran biasanya digunakan untuk menderma juga boleh
dijual bagi tujuan simpanan kewangan untuk aktiviti-aktiviti berkebun.
|
Taman demonstrasi
(demonstration garden)
|
Taman kecil berasaskan
pengeluaran makanan yang terletak di kawasan persendirian, kawasan perumahan,
kawasan komersial dan sebagainya bagi tujuan demonstrasi sahaja. Diuruskan
oleh agensi kerajaan tempatan, organisasi komuniti atau organisasi
perniagaan. Hasil pengeluaran biasanya didermakan kepada organisasi tempatan
dan bank makanan.
|
Kebun dapur
(edible garden)
|
Penanaman di ruang-ruang
kecil di kawasan perumahan awam dan swasta, pusat komersial dan sebagainya.
Dilakukan oleh individu dan hasil pengeluaran biasanya digunakan untuk
dimakan.
|
Taman gerila
(guerilla garden)
|
Penanaman tumbuh-tumbuhan
hiasan atau yang menghasilkan makanan secara tidak sah di tanah-tanah
persendirian atau awam yang ditinggalkan atau yang dibiarkan kosong. Produk
akhir biasanya digunakan untuk pemulihan kejiranan.
|
Sumber: Hodgson
(2011)
Mat &Abdul Majid,
International Journal of Environment,
Society and Space, 2015, 3(1), 44-56
Jadual
2: Jenis-jenis pertanian Bandar yang komersial dan keterangannya
Jenis-jenis Pertanian
Bandar
|
Keterangan
|
Kebun pasaran
(market garden)
|
Pengeluaran tanaman
berasaskan makanan atau hiasan yang berskala kecil dan sederhana seperti
lebah, ikan, ayam, sayur-sayuran dan sebagainya yang terletak atas tanah awam
atau persendirian. Diuruskan bagi tujuan komersial dan menggunakan pelbagai
teknik penanaman seperti di atas tanah, hidroponik dan aquaponic. Hasil
pengeluaran akan dijual di pasar-pasar atau kedai.
|
Ladang bandar
(urban farm)
|
Konsep tanaman sama
seperti kebun pasaran tetapi dalam skala yang lebih besar.
|
Ladang pinggir bandar
(peri-urban farm)
|
Diamalkan di luar atau di
pinggir kawasan metropolitan, kawasan tanaman sering diancam pembangunan masa
depan. Operasi pengeluaran adalah berskala besar dan konsep tanaman sama
seperti kebun pasaran dan ladang bandar. Teknik penanaman menggunakan teknik
organik yang lebih mesra alam dan hasil pengeluaran dipasarkan di kawasan
berhampiran metropolitan.
|
Pembiakan lebah
(beekeeping)
|
Penyimpanan madu berskala
sederhana dan besar bagi kegunaan komersial. Sarang lebah boleh diletakkan
bersama-sama dengan kegunaan pertanian lain seperti kebun pasaran dan ladang
bandar, juga boleh diletakkan di ruang yang ada di bumbung kediaman, kawasan
komersial dan industri. Produk akhir adalah untuk dijual
|
Sumber: Hodgson
(2011)
Merujuk kepada hasil kajian Rabiul Islam dan
Chamhuri Siwar (2012), di Malaysia, pertanian bandar dapat dilihat sebagai satu komponen untuk
pembangunan lestari yang berpotensi untuk menyediakan makanan atau perkhidmatan
yang saling berkaitan di dalam atau di pinggir kawasan bandar kerana urbanisasi
atau proses pembandaran telah menyebabkan pelbagai masalah kepada sistem
makanan, sosial, alam sekitar serta politik di seluruh dunia.Selain itu, sebahagian
besar penduduk bandar bergantung kepada pendapatan tunai untuk mengakses makanan
dan jumlah pengangguran juga semakin meningkat. Akses kepada makanan merupakan
satu keperluan dalam kehidupan manusia. Oleh itu, pertanian bandar dilihat
berpotensi untuk dijadikan penyelesaian kepada masalah ini disamping menyumbang
faedah kepada sosial dan alam sekitar.
2.2 Kepentingan sektor
pertanian luar Bandar
2.2.1 Tingkatkan taraf mutu
Pelan Induk Perindustrian Negara
Sektor perkilangan yang terdapat di kawasan
luar bandar telah menunjukan mutu serta hasil pengeluaran sumber pertanian yang
memberangsangkan yang mana boleh kita lihat pada hari ini. Contohnya di Sarawak
dan Sabah terdapat banyak kilang kelapa sawit yang telah didirikan hampir
disetiap daerah. Penglibatan rakyat Sarawak dalam sektor pertanian seperti ini
amat ketara sekali yang mana bukan sahaja bagi pihak syarikat besar sahaja,
malah rakyatnya sendiri sangat aktif dalam mengusahan tanaman kelapa sawit.
Selain itu juga ini secara tidak langsung dapat menambahkan pendapatan isi
rumah oleh masyarakat tempatan.Bukan itu sahaja, semangat yang cekal dan rajin
adalah nadi yang penting sebelum menceburi sekor ini selain daripada modal.Penyerapan
tenaga buruh yang berlebihan supaya isu pengangguran dan guna tenaga dapat
diatasi adalah merupakan salah satu daripada matlamat dalam memajukan sektor
perkilangan. Oleh yang demikian, Pelan Induk Perindustrian (PIP) telah digubal
yang mempunyai peranannya yang tersendiri iaitu dalam memastikan sektor-sektor
ini benar-benar dapat menjadi daya penggerak yang paling utama dalam pembangunan
ekonomi Negara kita.
2.2.2 Membekalkan sumber-sumber input dan output
pertanian luar bandar
Merujuk
kepada perspektif ikatan diantara sektor pertanian dan sektor perkilangan
adalah mempunyai satu hubung kait dalam yang mana sektor pertanian bukan sahaja
memberikan sumbangan tenaga buruh serta makanan kepada sektor perkilangan,
bahkan sektor pertanian ini amat penting lagi dalam membekalkan secara langsung
dan tidak langsung input-input yang diperlukan oleh sektor perkilangan. Oleh
yang demikian bahawa jaringan diantara kedua-dua sektor ini tidak dapat terpisah
dan tidak saling bertentangan, bahkan kedua-duanya saling melengkapi di dalam
dasar membangunkan Negara. Ini jelas bahawa sektor pertanian di Malaysia
mempunyai peranan yang istimewa selari dengan peralihan Negara yang kini menuju
kepada sebuah Negara perindustrian. Bukan itu sahaja, selain daripada
input-input prima seperti buruh, modal dan pengusaha, malah input-input
perantaraan yang merupakan output yang dikeluarkan oleh industri-industri lain juga
memainkan peranan masing-masing.Langkah seperti menjual outputnya kepada
industri-industri lain didalam sebuah ekonomi adalah merupakan satu jalinan
yang menghubungkaitkan diantara industri secara langsung dan tidak langsung lantas
tidak bergantung terhadap pembelian input perantaraan.
Antara
salah satu output pengeluaran yang mendapat tempat di dunia perniagaan iaitu
tanaman padi adalah merupakan salah satu tanaman yang penting dinegara kita. Disamping
itu juga sektor ini telah mencapai kejayaan serta permintaan yang tinggi dalam
aktiviti perniagaan masa kini. Kedah, negeri yang tidak asing dengan hasil pengeluaran
padinya setiap tahun yang mana melibatkan jumlah pengeluaran yang tinggi oleh
syarikat-syarikat besar di Malaysia.
Bukan itu sahaja, permintaan oleh Negara luar juga begitu positif dan
secara tidak langsung telah mewujudkan satu sistem perniagaan yang berdaya
saing disamping mengeratkan hubungan dengan Negara luar seperti China, Thailand
dan juga Jepun. Selain penanaman padi yang merupakan makanan utama rakyat
Malaysia, pihak kerajaan juga telah menyarankan penanaman getah serta koko
secara komersial.
2.2.3
Tingkatkan pertumbuhan dan kemajuan luar Bandar
Disamping meningkatkan taraf hidup masyarakat
luar Bandar, sektor pertanian juga dapat mewujudkan suasana perubahan yang maju
dari segi infrastruktur serta kemajuan pembangunan yang didirikan oleh pihak
kerajaan. Justeru kehidupan yang selesa dalam diri masyarakat amnya diluar
Bandar dapat dinikmati seperti yang kita lihat hari ini. Contohnya dengan
adanya banyak felda telah menempatkan ramai masyarakat yang terlibat dalam
sektor ini dan memajukan kampung yang terdapat dikawasan luar bandar seperti
Felda Aring yang terletak di daerah Gua Musang, Kelantan. Bukan itu sahaja,
masalah seperti biasiswa turut diberikan oleh syarikat felda kepada keluarga
yang memerlukannya. Ini secara tidak langsung dapat membantu pihak keluarga
dalam aspek pendidikan anak-anak mereka. Selain itu keperihatinan oleh pihak
kerajaan dapat menaikkan semangat yang tinggi dalam diri masyarakat tanpa
mengira bangsa dan agama.Sektor pertanian yang berkembang di kawasan luar bandar
juga dapat menaiktarafkan kemudahan seperti Klinik, sekolah, perpustakaan dan
juga pekan kecil. Kemudahan seperti ini dapat membentuk masyarakat yang maju
dan terkecuali daripada ketinggalan pemodenan Bandar.