BANTUAN KERAJAAN

Monday, December 26, 2016

PENGENALAN

Pada abad ke -19 lagi, pengenalan tentang sistem ladang dan pertanian komersial di negara kita telah bermula melalui pelaburan modal asing oleh syarikat-syarikat perladangan Eropah bagi memenuhi keperluan industri di negara-negara barat ketika itu. Antara tanaman yang diperkenalkan dalam sistem ladang ini ialah komoditi penting yang berpotensi untuk eksport dan memenuhi keperluan pasaran seperti getah, kelapa sawit, nenas, teh dan lada hitam. Sime Darby, Socfin, Guthrie, Golden Hope Plantation dan Cameronian adalah merupakan antara syarikat pelaburan modal asing yang berjaya mengusahakan tanaman komersial. Tidak dinafikan tulang belakang ekonomi negara sejak sekian lama ialah industri pertanian. Bidang pertanian merupakan satu industri yang terus relevan dengan perkembangan semasa kerana keperluan industri ini memenuhi keperluan negara dan masyarakat. Walau bagaimanapun untuk menceburi bidang pertanian secara komersial memerlukan ilmu, kepakaran dan modal yang besar. Bukan itu sahaja malah masyarakat Melayu selepas merdeka hinggalah pengenalan Dasar Ekonomi Baru masih merupakan golongan petani tradisional yang mana mereka telah mengusahakan tanah dengan tanaman makanan untuk keperluan sendiri atau jualan yang berskala kecil dengan pengeluaran yang terhad serta penggunaan teknologi yang kurang kepenggunaannya.
Selari dengan dunia moden masa kini, sektor pertanian merupakan salah satu intipati sumber pendapatan yang amat bernilai dalam sesebuah Negara. Hal yang demikian kerana sektor pertanian adalah merupakan pembekal makanan serta sumber bahan mentah kepada semua lapisan masyarakat. Pertanian boleh didefenisikan sebagai proses output makanan dan barangan melalui pekebunan, penanaman, penternakan serta perhutanan.  Ini dapat dijelaskan dengan merujuk kepada senario pada masa kini yang mana pihak kerajaan kita sendiri amat menekankan sektor ini. Sebagai contoh industri kelapa sawit dan getah yang semakin meningkat serta mendapat permintaan yang tinggi daripada Negara luar selain untuk kegunaan rakyatnya.

Bukan itu sahaja, malah masyarakat juga turut terlibat dalam sektor pertanian disamping meningkatkan taraf hidup yang semakin tinggi dan menampung isi pendapatan keluarga. Mohd.Arshad (2013), dalam rencana beliau yang mengatakan bahawa dengan merujuk kepada Rancangan Malaysia kesembilan (RMK9) yang menempah era kegemilangan untuk sektor pertanian dan usaha pihak kerajaan yang bijak dalam menyediakan pendekatan baru untuk mengembalikan semula era kecermelangan pertanian sebagai penjana ekonomi Negara kita. Negara dalam menaik taraf sektor pertanian dapat melihatkan kebolehan Negara tersebut membekalkan makanan yang mencukupi kepada rakyatnya. Sehubungan dengan itu, Negara-negara maju seperti China, Korea dan Jepun tidak sama sekali memandang ringan sektor pertanian di Negara mereka, akan tetapi meletakkan sektor ini diperingkat perniagaan global. Antara salah satu jenis dalam sektor pertanian yang diusahakan mereka iaitu industri sayur-sayuran dan tumbuhan herba. Bukan itu sahaja, melalui media masa pada hari ini yang mana setiap citarasa dalam makanan harian kebanyakannya lebih kepada sayur-sayuran dan buah-buahan disamping masyarakatnya menjaga kesihatan. Jelas sekali bahawa sektor pertanian bukan sahaja untuk kepentingan ekonomi, malah bagi mengekalkan tahap kesihatan. Tindakan serta langkah yang bijak dalam meningkatkan daya saing sesebuah Negara perlu diperkukuhkan untuk berhadapan dengan halangan dan cabaran seiring meningkatkan pertumbuhan sektor pertanian ini. 

KEPENTINGAN BIDANG PERTANIAN

Isu mengenai fenomena “kenaikan harga makanan” yang melanda Negara kita baru-baru ini amat memberikan impak yang hangat kepada semua lapisan masyarakat. Kenaikan harga minyak adalah punca kepada fenomena ini dan juga bahan mentah seperti sumber petroleum. Sehubungan dengan ini jelas sekali bahawa sektor pertanian amat memainkan peranan yang penting dalam menyumbang kepada ekonomi Negara. Sektor pertanian boleh dikelaskan kepada dua iaitu pertanian Bandar dan luar Bandar yang sama-sama mempunyai dasar kepentingan dalam bidang perniagaan.


2.1      Kepentingan bidang pertanian dalam Bandar

2.1.1 Atasi masalah sekuriti makanan
Aspek seperti makanan, pekerjaan, peningkatan alam sekitar, pendidikan, pengindahan kawasan setempat serta inspirasi adalah diwujudkan daripada sektor pertanian. Peluang masyarakat bandar untuk bekerja dalam bidang pertanian juga terbuka dan ini lantas membantu usaha pihak kerajaan dalam menjayakan dasar-dasar kerajaan bagi menangani masalah pengangguran yang amat merunsingkan.Bukan itu sahaja, pergerakan pertanian Bandar adalah merupakan faktor  kepada peningkatan harga makanan, penghapusan subsidi makanan, jaringan keselamatan sosial yang lemah, kesedaran sekuriti makanan serta tabiat gaya hidup sihat. Disamping itu juga pertanian bandar dapat memenuhi pelbagai peranan dan manfaat contohnya menghasilkan sumber makanan yang segar dan berkhasiat, mendidik golongan belia, membersihkan tapak sisa buangan, menyediakan utiliti kepada golongan berusia, membina masyarakat serta meningkatkan program kitar semula. Pertanian Bandar juga penting dalam menyelesaikan masalah sekuriti makanan pada golongan miskin di Bandar dan ini perlu di ketengahkan serta dipertimbangkan dalam konteks yang lebih besar. Oleh yang demikian bahawa aspek sekuriti makanan adalah langkah yang bijak untuk mempromosikan pertanian Bandar.


2.1.2 Menangani  masalah ketidakadilan sosial
Sektor pertanian juga penting dalam mengatasi senario ketidakadilan sosial yang dipandang ringan oleh segelintir pihak pada masa kini. Sehubungan dengan ini bahawa tumpuan kepada pengeluaran ladang dipersekitaran bandar juga adalah daripada wujudnya dari usaha yang gigih oleh pihak kerajaan dalam memperluaskan pertanian bandar. Bukan itu sahaja, penggunaan teknologi yang canggih turut dipertingkatkan bagi mencapai hasil pengluaran yang lebih efiksen dan lebih terancang.Sumber mata pencarian dan sosial-ekonomi serta strategi yang cekap adalah merupakan teras yang utama dalam pertanian bandar.Selain itu juga pertanian Bandar merupakan adalah sebagai satu alternative kepada masyarakat dalam menghadapi krisi ekonomi yang melanda Negara kita pada masa kini.
Contohnya dengan wujudnya masalah ekonomi Negara yang memberikan impak yang negatif kepada perbelanjaan rakyat. Kadar harga beli yang tidak stabil sekarang amat merunsingkan dan kemungkinan menyebabkan tekanan hidup dalam segelintir masyarakat. Oleh yang demikian bahawa sektor pertanian memainkan peranan dalam menyumbang kepada peluang pekerjaan, menjana pendapatan isi rumah, penyediaan makanan dan pasaran bagi sektor-sektor lain dalam ekonomi Negara kita.

2.1.3 Mengatasi masalah kemerosotan alam sekitar
Sektor pertanian turut memainkan tanggungjawab yang tinggi terhadap alam sekitar yang mana aktiviti pertanian bandar dapat meningkatkan ruang hijau di bandar. Selain itu juga aktiviti pertanian dapat melahirkan suasana bandar yang sihat. Lee- Smith (2010), dalam kajiannya menyatakan apa yang berlaku di Afrika telah melihat bahawa sektor pertanian bandar sebagai satu bentuk aktiviti pertanian yang semakin meningkat dilakukan diseluruh dunia terutamanya di Negara-negara membangun.Sehubungan dengan itu juga bahawa peningkatan sektor pertanian Bandar yang melebihi pertumbuhan manusia juga turut memberikan faedah yang berkesan khususnya kepada kesihatan manusia disamping membantu usaha pihak kerajaan membasmi tahap kemiskinan serta kebuluran dinegara kita.

      Dalam konteks pembandaran yang membangun,pertanian bandar diperlukan sebagai satu langkah untuk menurunkan masalah kekurangan makanan bagi masyarakat miskin dalam bandar (Crush et. al.2011). Bukan itu sahaja, Pearson et al.(2011) juga menyatakan bahawa golongan miskin amnya dibandar-bandar terdedah kepada isu-isu kenaikan harga barangan.Oleh yang demikian keupayaan dalam menjana makanan mereka sendiri akan membawa kepada perbezaan yang ketara terutamanya semasa berlaku krisis makanan.
      Kajian Ratnawati Yuni Suryandari (2012) yang bertajuk “Bertani Dalam Bandar dan Kesan-kesannya Kepada Komuniti Tempatan dan Persekitaran Bandar: Kajian Kes Jakarta Barat dan Tangerang,Indonesia’. Berdasarkan daripada kajian beliau yang memberikan fokus terhadap kajian kesan-kesan pertanian Bandar yang mempengaruhi masyarakat hasil daripada aktiviti pertanian di dalam Bandar dari aspek ekonomi, sosial dan ala sekitar. Bukan itu sahaja, malah beliau juga melihat kepada persepsi para petani berkenaan dengan prospek bertani didalam Bandar dan impak pertanian kepada para petani.

2.1.4  Meningkatkan pertanian Bandar komersial dan bukan komersial
Pada hari ini dapat kita lihat wujudnya pelbagai jenis pertanian di Negara kita yang mana dapat dikategorikan kepada dua elemen iaitu pertanian Bandar komersial dan bukan.Jadual 1 mengelaskan jenis-jenis pertanian Bandar bukam komersial yang dilakukan oleh masyarakat pada masa kini , manakala jadual 2 mengelaskan jenis pertanian bandar komersial.
















Jadual 1: Jenis-jenis pertanian Bandar yang bukan komersial serta keterangannya

Jenis-jenis Pertanian Bandar
Keterangan
Taman persendirian
(private garden)
Taman-taman persendirian hak milik individu yang terletak di belakang rumah, halaman rumah, bumbung, balkoni dan sebagainya yang berhampiran dengan persekitaran rumah. Menghasilkan makanan untuk kegunaan sendiri.
Taman komuniti
(community garden)
Pengeluaran berskala kecil hingga sederhana, tumbuhan hiasan dan yang menghasilkan makanan. Plot tanah bersambung yang terletak dalam kawasan perumahan, tanah hak milik awam atau swasta yang diuruskan secara kolektif oleh satu kumpulan. Hasil pengeluaran biasanya untuk kegunaan sendiri dan pendidikan.
Taman institusi
(institutional garden)
Kawasan penanaman tanaman yang menghasilkan makanan yang terletak di institusi awam atau swasta (sekolah, hospital, pertubuhan agama dan tempat kerja), kawasan kediaman, kawasan komersial atau bercampur yang diuruskan oleh sebuah organisasi atau perniagaan. Tujuan berkebun adalah untuk pendidikan, terapeutik dan khidmat masyarakat. Hasil pengeluaran biasanya digunakan untuk menderma juga boleh dijual bagi tujuan simpanan kewangan untuk aktiviti-aktiviti berkebun.
Taman demonstrasi
(demonstration garden)
Taman kecil berasaskan pengeluaran makanan yang terletak di kawasan persendirian, kawasan perumahan, kawasan komersial dan sebagainya bagi tujuan demonstrasi sahaja. Diuruskan oleh agensi kerajaan tempatan, organisasi komuniti atau organisasi perniagaan. Hasil pengeluaran biasanya didermakan kepada organisasi tempatan dan bank makanan.
Kebun dapur
(edible garden)
Penanaman di ruang-ruang kecil di kawasan perumahan awam dan swasta, pusat komersial dan sebagainya. Dilakukan oleh individu dan hasil pengeluaran biasanya digunakan untuk dimakan.
Taman gerila
(guerilla garden)
Penanaman tumbuh-tumbuhan hiasan atau yang menghasilkan makanan secara tidak sah di tanah-tanah persendirian atau awam yang ditinggalkan atau yang dibiarkan kosong. Produk akhir biasanya digunakan untuk pemulihan kejiranan.


Sumber: Hodgson (2011)

Mat &Abdul Majid, International Journal of Environment, Society and Space, 2015, 3(1), 44-56

Jadual 2: Jenis-jenis pertanian Bandar yang komersial dan keterangannya

Jenis-jenis Pertanian Bandar
Keterangan
Kebun pasaran
(market garden)
Pengeluaran tanaman berasaskan makanan atau hiasan yang berskala kecil dan sederhana seperti lebah, ikan, ayam, sayur-sayuran dan sebagainya yang terletak atas tanah awam atau persendirian. Diuruskan bagi tujuan komersial dan menggunakan pelbagai teknik penanaman seperti di atas tanah, hidroponik dan aquaponic. Hasil pengeluaran akan dijual di pasar-pasar atau kedai.
Ladang bandar
(urban farm)
Konsep tanaman sama seperti kebun pasaran tetapi dalam skala yang lebih besar.
Ladang pinggir bandar
(peri-urban farm)
Diamalkan di luar atau di pinggir kawasan metropolitan, kawasan tanaman sering diancam pembangunan masa depan. Operasi pengeluaran adalah berskala besar dan konsep tanaman sama seperti kebun pasaran dan ladang bandar. Teknik penanaman menggunakan teknik organik yang lebih mesra alam dan hasil pengeluaran dipasarkan di kawasan berhampiran metropolitan.
Pembiakan lebah
(beekeeping)
Penyimpanan madu berskala sederhana dan besar bagi kegunaan komersial. Sarang lebah boleh diletakkan bersama-sama dengan kegunaan pertanian lain seperti kebun pasaran dan ladang bandar, juga boleh diletakkan di ruang yang ada di bumbung kediaman, kawasan komersial dan industri. Produk akhir adalah untuk dijual



Sumber: Hodgson (2011)

   Merujuk kepada hasil kajian Rabiul Islam dan Chamhuri Siwar (2012), di Malaysia, pertanian bandar dapat  dilihat sebagai satu komponen untuk pembangunan lestari yang berpotensi untuk menyediakan makanan atau perkhidmatan yang saling berkaitan di dalam atau di pinggir kawasan bandar kerana urbanisasi atau proses pembandaran telah menyebabkan pelbagai masalah kepada sistem makanan, sosial, alam sekitar serta politik di seluruh dunia.Selain itu, sebahagian besar penduduk bandar bergantung kepada pendapatan tunai untuk mengakses makanan dan jumlah pengangguran juga semakin meningkat. Akses kepada makanan merupakan satu keperluan dalam kehidupan manusia. Oleh itu, pertanian bandar dilihat berpotensi untuk dijadikan penyelesaian kepada masalah ini disamping menyumbang faedah kepada sosial dan alam sekitar.








2.2 Kepentingan sektor pertanian luar Bandar
2.2.1 Tingkatkan taraf mutu Pelan Induk Perindustrian Negara
   Sektor perkilangan yang terdapat di kawasan luar bandar telah menunjukan mutu serta hasil pengeluaran sumber pertanian yang memberangsangkan yang mana boleh kita lihat pada hari ini. Contohnya di Sarawak dan Sabah terdapat banyak kilang kelapa sawit yang telah didirikan hampir disetiap daerah. Penglibatan rakyat Sarawak dalam sektor pertanian seperti ini amat ketara sekali yang mana bukan sahaja bagi pihak syarikat besar sahaja, malah rakyatnya sendiri sangat aktif dalam mengusahan tanaman kelapa sawit. Selain itu juga ini secara tidak langsung dapat menambahkan pendapatan isi rumah oleh masyarakat tempatan.Bukan itu sahaja, semangat yang cekal dan rajin adalah nadi yang penting sebelum menceburi sekor ini selain daripada modal.Penyerapan tenaga buruh yang berlebihan supaya isu pengangguran dan guna tenaga dapat diatasi adalah merupakan salah satu daripada matlamat dalam memajukan sektor perkilangan. Oleh yang demikian, Pelan Induk Perindustrian (PIP) telah digubal yang mempunyai peranannya yang tersendiri iaitu dalam memastikan sektor-sektor ini benar-benar dapat menjadi daya penggerak yang paling utama dalam pembangunan ekonomi Negara kita.

2.2.2  Membekalkan sumber-sumber input dan output pertanian luar bandar
Merujuk kepada perspektif ikatan diantara sektor pertanian dan sektor perkilangan adalah mempunyai satu hubung kait dalam yang mana sektor pertanian bukan sahaja memberikan sumbangan tenaga buruh serta makanan kepada sektor perkilangan, bahkan sektor pertanian ini amat penting lagi dalam membekalkan secara langsung dan tidak langsung input-input yang diperlukan oleh sektor perkilangan. Oleh yang demikian bahawa jaringan diantara kedua-dua sektor ini tidak dapat terpisah dan tidak saling bertentangan, bahkan kedua-duanya saling melengkapi di dalam dasar membangunkan Negara. Ini jelas bahawa sektor pertanian di Malaysia mempunyai peranan yang istimewa selari dengan peralihan Negara yang kini menuju kepada sebuah Negara perindustrian. Bukan itu sahaja, selain daripada input-input prima seperti buruh, modal dan pengusaha, malah input-input perantaraan yang merupakan output yang dikeluarkan oleh industri-industri lain juga memainkan peranan masing-masing.Langkah seperti menjual outputnya kepada industri-industri lain didalam sebuah ekonomi adalah merupakan satu jalinan yang menghubungkaitkan diantara industri secara langsung dan tidak langsung lantas tidak bergantung terhadap pembelian input perantaraan.

Antara salah satu output pengeluaran yang mendapat tempat di dunia perniagaan iaitu tanaman padi adalah merupakan salah satu tanaman yang penting dinegara kita. Disamping itu juga sektor ini telah mencapai kejayaan serta permintaan yang tinggi dalam aktiviti perniagaan masa kini. Kedah, negeri yang tidak asing dengan hasil pengeluaran padinya setiap tahun yang mana melibatkan jumlah pengeluaran yang tinggi oleh syarikat-syarikat besar di Malaysia.  Bukan itu sahaja, permintaan oleh Negara luar juga begitu positif dan secara tidak langsung telah mewujudkan satu sistem perniagaan yang berdaya saing disamping mengeratkan hubungan dengan Negara luar seperti China, Thailand dan juga Jepun. Selain penanaman padi yang merupakan makanan utama rakyat Malaysia, pihak kerajaan juga telah menyarankan penanaman getah serta koko secara komersial.


2.2.3 Tingkatkan pertumbuhan dan kemajuan luar Bandar

 Disamping meningkatkan taraf hidup masyarakat luar Bandar, sektor pertanian juga dapat mewujudkan suasana perubahan yang maju dari segi infrastruktur serta kemajuan pembangunan yang didirikan oleh pihak kerajaan. Justeru kehidupan yang selesa dalam diri masyarakat amnya diluar Bandar dapat dinikmati seperti yang kita lihat hari ini. Contohnya dengan adanya banyak felda telah menempatkan ramai masyarakat yang terlibat dalam sektor ini dan memajukan kampung yang terdapat dikawasan luar bandar seperti Felda Aring yang terletak di daerah Gua Musang, Kelantan. Bukan itu sahaja, masalah seperti biasiswa turut diberikan oleh syarikat felda kepada keluarga yang memerlukannya. Ini secara tidak langsung dapat membantu pihak keluarga dalam aspek pendidikan anak-anak mereka. Selain itu keperihatinan oleh pihak kerajaan dapat menaikkan semangat yang tinggi dalam diri masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.Sektor pertanian yang berkembang di kawasan luar bandar juga dapat menaiktarafkan kemudahan seperti Klinik, sekolah, perpustakaan dan juga pekan kecil. Kemudahan seperti ini dapat membentuk masyarakat yang maju dan terkecuali daripada ketinggalan pemodenan Bandar.




POTENSI BIDANG PERTANIAN SEBAGAI PERNIAGAAN YANG MENGUNTUNGKAN

Sebagaimana yang kita tahu pada hari ini bahawa bidang pertanian amat bermakna dan mendapat sambutan yang sihat oleh masyarakat kita. Hal demikian kerana bidang pertanian mempunyai potensi yang besar serta menguntungkan dalam aktiviti perniagaan. Bukan hanya diperingkat antarabangsa, malah masyarakat setempat juga melibatkan diri dalam kencanah perniagaan yang berasaskan pertanian disamping dapat menambahkan pendapatan saradiri dalam sesebuah keluarga.Sebagai contoh yang mana pada masa sekarang ramai penduduk di Sabah dan Sarawak yang bergiat aktif dalam pengusahaan penanaman kelapa sawit yang dilakukan diatas tanah sendiri. Kelapa sawit yang merupakan sumber yang amat penting dan memliki harga jual yang tinggi pada hari ini.Bukan itu sahaja, getah, sayur-sayuran, madu kelulut, buah-buahan dan lain-lain lagi juga mendapat sambutan dalam kancah bidang perniagaan. Sebagai contoh keluaran utusan Malaysia (22 November 2016), di Pontian,Johor yang mana Ketua Setiausaha Kementerian dan Industri asas Tani, Datuk Seri Dr.Ismail mengatakan bahawa Singapura dan Brunei adalah merupakan antara Negara yang berminat dalam membeli madu kelulut dan melihat potensi tersebut untuk berkembang. Beliau menambah lagi berkenaan dengan permintaan terhadap madu kelulut dari Negara itu dijangka dapat dipenuhi selepas ketetapan standard produk berkenaan diputuskan pada suku ketiga pada tahun depan.Menurut beliau lagi madu kelulut juga mempunyai khasiat yang sangat baik serta sudah dijenamakan sebagai superfood pertama Negara diperingkat antarabangsa lantas mempunyai potensi yang sangat besar untuk maju ke hadapan.Bukan itu sahaja, malah madu kelulut ini juga mengandungi kadar nutrient yang tinggi serta mengandungi fruktosa,glukosa,maltose selain asid fenolik yang merupakan bahan antioksiden serta mudah menyerap berbanding dengan madu yang lain.Ini jelas membuktikan bahawa penglibatan dalam sektor pertanian yang berasaskan perniagaan dapat memberi banyak manfaat serta menambahkan nilai keuntungan bukan sahaja untuk ekonomi Negara, lantas menambahkan penampatan isi rumah oleh masyarakat di Malaysia.

CABARAN/HALANGAN BIDANG PERNIAGAAN BERASASKAN PERTANIAN

Terdapat beberapa cabaran dan halangan yang menjadi kekangan yang perlu dihadapi oleh pengusaha dalam menceburi diri dalam bidang perniagaan berasaskan pertanian. Antaranya yang sering dikaitkan iaitu penggunaan teknologi, halangan tanah dan juga modal. Dengan keadaan ekonomi yang melanda Negara kita pada hari ini memburukan lagi pengurusan sektor pertanian.

4.1 Kekangan teknologi terkini
Masalah seperti penglibatan teknologi memberikan impaks kepada perniagaan berasaskan pertanian yang terdapat di Malaysia. Penggunaan teknologi yang kurang bermutu lantas melambatkan proses pengeluaran sumber pertanian. Contohnya penanaman nanas yang memerlukan tekonologi yang bersesuaian bagi melancarkan lagi aktiviti pengluarannya. Perdana Menteri Malaysia berkata semasa plancaran projek Teras Strategi Laautan Biru Kebangsaan 3 bahawa antara cabaran dan kekangan yang perlu ditangani adalah perubahan cuaca, peningkatan harga input seperti baja dan racun, keselamatan makanan serta kebergantungan terhadap buruh asing.Bukan itu sahaja, beliau berkata “kita perlu cari jalan yang kreatif suapaya boleh menangani cabaran-cabaran yang saya sebutkan itu dan teknologi serta keupayaan kita lakukan inovasi merupakan anak kunci dalam menghadapi dugaan serta cabaran dalam bidang pertanian.Tambah beliau lagi berkata penggunaan sistem 3T (tanam,tinggal dan tunai) yang digunakan pada masa dahulu tidak lagi sesuai pada masa kini dan ini disebabkan oleh pelbagai kekangan dalam sektor pertanian.Contohnya lot milik kerajaan Kementerian Pertahanan tersebut didapati tidak sesuai untuk tanaman kerana mempunyai tanahnya yang masam dan sentiasa banjir. Disamping itu juga Perdana Menteri telah mengambil contoh penanaman tembikai madu (rock melon) dibawah strategi tersebut yang disifatkan sebagai model yang sangat baik bagi membolehkan para pertain dapat menerapkan penggunaan teknologi baru.




4.2 Halangan tanah
Menurut Mat dan Abdul Majid melalui bukunya “ International Journal of Environment,Society and Space (2015), kajiannya mengatakan bahawa terdapat pengusaha pertanian menghadapi halangan atau masalah yang berkaitan dengan tanah seperti keluasan tanah yang tidak ekonomik , tanah yang kurang sesuai untuk pertanian dan masalah sewa tanah. Tambah mereka lagi persaingan guna tanah untuk pembangun lain adalah punca kepada kekurangan tanah kosong bagi melakukan aktiviti pertanian.Kesan daripada itu lantas membawa kepada aktiviti pertanian ke kawasan Bandar. Contohnya terdapat pengusaha pertanian mempunyai tanah untuk bertani di dalam bandar, namun saiz atau keluasan tanah amat terhad. Bukan itu sahaja, keluasan atau saiz tanah amat terhad serta merumitkan mereka untuk meluaskan aktiviti pertanian. Selain itu juga masalah berkaitan dengan harga sewa tanah turut menjadi bebanan oleh para pengusaha.
Terdapat pengusaha pertanian yang menyewa tanah orang lain untuk menjalankan aktiviti pertanian dibandar dan disebabkan oleh urbanisasi, harga tanah di Bandar semakin meningkat. (Ghazali.2011:2013) Aktiviti seperti pembangunan dan juga pencemaran turut menjadi punca kepada tahap kesuburan tanah.Tambah mereka lagi bahawa tanah merupakan sesuatu yang amat penting bagi pengusaha pertanian. Hal demikian kerana dari segi ekonomi bahawa tanah adalah merupakan salah satu faktor pengeluaran. Aktiviti pengeluaran seperti sama asa pertanian, industri berat, perkhidmatan dan sebagainya tidak dapat dilaksanakan tanpa tanah.Kesukaran dalam sektor pertanian akan terus rumit jika proses permintaan dan penggunaan tanah meningkat apabila terdapat kemajuan serta peningkatan  ke atas tahap aktiviti ekonomi dan berikutan ini akan melibatkan secara tidak langsung pengambilan tanah pertanian.







4.3 Halangan Modal
Input yang menjadi nadi utama dalam dunia perniagaan adalah berkait rapat dengan modal.Bukan hanya terhadap perniagaan besar sahaja yang memerlukan modal akan tetapi pernigaan kecil-kecilan juga turut memerlukan modal bagi mendirikan atau menjayakan sesuatu perniagaan.Dalam usaha memajukan sektor pertanian dalam Negara kita juga mempunyai masalah modal dari segi kewangan selain masalah yang lain.Lebih-lebih lagi dengan keadaan mata wang Negara kita yang tidak stabil pada hari ini memberikan tekanan kepada semua pihak dan ruang perniagaan dalam sektor pertanian kemungkinan berkurangan.Bukan itu sahaja, malah sektor-sektor yang lain seperti industry berat, perkapalan, pembangunan dan sebagainya  juga turut mengalami halangan modal untuk memajukan sesuatu perniagaan.
Merujuk kepada sektor pertanian bahawa modal adalah merupakan tulang belakang dalam menanggung kos-kos pengeluaran.Menurut Mat dan Abdul Majid melalui bukunya “ International Journal of Environment,Society and Space (2015), menyatakan bahawa pengusaha pertanian menghadapi halangan modal dari segi menggunakan balik modal dalam aktiviti pertanian itu sendiri. Olawepo (2012), turut menyatakan dalam kajiannya bahawa kekurangan sokongan khasnya dari segi aspek kewangan adalah merupakan cabaran yang utama bagi pengusaha pertanian Bandar di Ilorin, Negeria. Tambah mereka lagi walaupun subsidi untuk baja telah diberi oleh pihak kerajaan, namun tidak mencukupi. Hal demikian kerana mereka masih berhadapan dengan masalah kekurangan modal dalam membeli input pertanian yang lain.Kekurangan kemudahan kredit dan input adalah merupakan punca yang menyebabkan masalah kekurangan modal. Mereka menjelaskan lagi bahawa dengan mewujudkan kemudahan kredit dan penggunaan input pertanian yang dirancang rapi iaitu dari segi penghantaran serta penggunaannya maka pengeluaran pertanian dapat ditingkatkan dengan berjaya.



Wednesday, November 30, 2016

SOKONGAN DAN BANTUAN KERAJAAN KEPADA PERNIAGAAN BERASASKAN PERTANIAN

Sektor pertanian yang berkembang maju dan berkualiti dapat dicapai melalui sokongan serta bantuan oleh pihak kerajaan. Oleh yang demikian terdapat beberapa langkah yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan antaranya iaitu melalui pendekatan sistem permakultur. Menurut Alamah Misni, Muhammad Arbain Md Zaki dan Faridatul Akma Abdul Latif (2014), bahawa konsep permakultur ini telah diperkenalkan pada tahun 1970 lagi oleh Mollison dan David Holmgren sebagai satu alternatif kepada industri pertanian yang berteraskan skala besar. Menurut mereka bahawa sistem ini boleh didefinisikan sebagai satu rekabentuk pertanian yang bersifat produktif, dapat mengekalkan kepelbagaian, kestabilan dan daya tahan ekosistem bumi. Bukan itu sahaja, tetapi sistem permakultur juga merupakan rekabentuk pertanian yang dapat membuahkan manfaat yang positif dalam aspek pengurusan tenaga, kitaran nutrien, keseimbangan ekologi dan pembangunan masyarakat. Tambah mereka lagi, berdasarkan kepada peningkatan dalam sistem ini oleh pihak kerajaan dapat memberi impak positif contohnya memanjangkan tempoh musim sesuatu pertanian, penghasilan produk yang berkualiti, sihat dan selamat disamping dapat mengekalkan prasarana persekitaran yang sihat diladang pertanian. Kuala Ping yang terletak di Terengganu adalah sebagai salah satu contoh lokasi pendekatan sistem ini dilaksanakan yang mana melibatkan gunatanah pertanian yang lestari di Malaysia. Senario ini menunjukan bahawa bagaimana rekabentuk semula landskap pertanian yang terdapat di Kuala Ping ini adalah melalui kaedah permalkultur dapat memelihara serta mengekalkan daya ekosistem tempatan. Selain itu juga, mereka mengatakan bahawa sistem ini turut dapat mengintegriasikan alam sekitar serta kehidupan di bumi ini menerusi penggunaan teknologi pertanian hijau.Ini dapat melancarkan lagi aktiviti perniagaan yang berasaskan pertanian kerana dapat mengelakkan sebarang masalah dalam sektor pertanian di Negara kita.Justeru mereka juga menambah lagi bahawa gagasan sentral sentral yang sediada dapat menghasilkan produk makanan yang berkualiti. Impak yang sihat daripada usaha pihak kerajaan ini juga dapat meningkatkan serta menaiktarafkan bidang pertanian di Negara kita.


Pihak kerajaan juga telah meningkatkan penggunaan kaedah bioteknologi dalam memasikan sektor pertanian di Negara kita berada dalam kedudukan yang tinggi. Bioteknologi moden mempunyai pengaruh yang kuat pada hari ini khasnya dalam bidang pertanian serta telah banyak penemuan baru yang telah dihasilkan oleh para saintis bertujuan meningkatkan kualiti kualiti kehidupan dalam semua aspek. Sebagai contoh penghasilan buah tomato yang mempunyai gen pengawal buah masak yang mana buah ini dapat menghasilkan buah yang sangat lembik dan segar. Penemuan seperti ini lantas akan menguntungkan para petani,pembekal serta para pembeli kerana dapat bekalan buah yang segar semasa berada dipasaran.Sehubungan dengan itu juga, penemuan seperti tumbuhan transgenic yang mempunyai fungsinya iaitu memberi manfaat kepada golongan petani selain dapat meningkatkan kualiti hidup manusia sejagat pada masa kini. Menurut Mus Chairil Samani, Latifah Amin, Jamilah Maliki dan Nurul Illyana Rezali (2010), telah mengatakan berkenaan dengan kaedah bioteknologi telah dikaji kerana pihak kerajaan Malaysia telah mengenalpasti bahawa kaedah ini adalah salah satu daripada lima teknologi teras yang dapat mempercepatkan proses transformasi ini adalah untuk mewujudkan sebuah Negara yang maju menjelang tahun 2020. Tambah mereka lagi, pihak kerajaan juga telah memberi penuh sokongan dan komitmen yang tinggi dalam meningkatkan sektor pertanian yang berteraskan penggunaan bioteknologi ini sepertimana yang terkandung dalam Rancangan Malaysia ke-9.

Tuesday, November 29, 2016

KESIMPULAN

Kesimpulannya bahawa sektor pertanian adalah merupakan penyumbang yang terpenting dalam peningkatan ekonomi bukan hanya diperingkat globalisasi, malah bagi kepentingan masyarakat di Malaysia disamping memperkukuhkan taraf hidup masing-masing. Hal demikian kerana tanpa usaha serta keseungguhan oleh rakyat kita sendiri yang terlibat dalam kancah sektor pertanian yang berasaskan perniagaan yang mana keadaan ekonomi Negara yang semakin lembap sepertimana yang berlaku pada hari ini.Segala komitmen yang tinggi oleh semua pihak amatlah diperlukan dalam memajukan sektor pertanian di Negara kita serta mewujudkan idea bagi mengatasi konflik demi untuk memajukan lagi sektor pertanian disamping dapat menjana serta memelihara keindahan flora dan fauna di sekeliling kita.Seperti mana yang terkandung dalam Rancangan Malaysia ke-9 dalam usaha kerajaan merancang segala strategi bagi meningkatkan prestasi sektor pertanian yang dijangka akan lebih berkembang sebanyak lima peratus dalam jangka masa setahun. Merujuk Rancangan Malaysia Ke-9 juga mempunyai strategi yang utama sektor ini adalah berdasarkan kepada peningkatan nilai tambah,perladangan komersial berskala besar, penggembelingan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), dan bioteknologi, peningkatan produktiviti, penyertaan sektor swasta sebagai pemangkin pertumbuhan, penyediaan prasarana  dan akhir sekali iaitu dalam memastikan kecekapan institusi pelaksana.

Disamping itu juga modal insan adalah merupakan tunjang yang utama dalam pembangunan dalam sektor pertanian.Ini jelas bahawa isi kandungan dalam Rancangan Malaysia kesembilan ( RMK9) yang telah menggariskan beberapa strategi dalam melahirkan tenaga yang terlatih dalam sektor ini lantas dapat melahirkan golongan usahawan yang menjadi peneraju industri ini. Selain itu juga bahawa Industri kecil dan sederhana (IKS) juga dapat mempunyai tanggungjawab dalam menyertai sistem rangkaian pembekal perniagaan tani dunia. Menurut Fatimah Mohd.Arshad (2013), dalam rencananya iaitu dalam usaha menyokong pembangunan pertanian dan perniagaan tani Rancangan Malaysia Kesembilan turut menyediakan strategi dalam membantu sektor ini seperti dengan penglibatan oleh GLC dalam perniagaan tani, strategi dalam memastikan kelestarian sumber terutama tenaga dan air, strategi untuk memelihara persekitaran serta memastikan agensi pelaksa melaksanakan fungsi masing-masing dengan cekap.
Pada abad ke -19 lagi,pengenalan tentang sistem ladang dan pertanian komersial di negara kita telah bermula melalui pelaburan modal asing oleh syarikat-syarikat perladangan Eropah bagi memenuhi keperluan industri di negara-negara barat ketika itu. Antara tanaman yang diperkenalkan dalam sistem ladang ini ialah komoditi penting yang berpotensi untuk eksport dan memenuhi keperluan pasaran seperti getah, kelapa sawit, nenas, teh dan lada hitam. Sime Darby, Socfin, Guthrie, Golden Hope Plantation dan Cameronian adalah merupakan antara syarikat pelaburan modal asing yang berjaya mengusahakan tanaman komersial. Tidak dinafikan tulang belakang ekonomi negara sejak sekian lama ialah industri pertanian. Bidang pertanian merupakan satu industri yang terus relevan dengan perkembangan semasa kerana keperluan industri ini memenuhi keperluan negara dan masyarakat. Walau bagaimanapun untuk menceburi bidang pertanian secara komersial memerlukan ilmu, kepakaran dan modal yang besar. Bukan itu sahaja malah masyarakat Melayu selepas merdeka hinggalah pengenalan Dasar Ekonomi Baru masih merupakan golongan petani tradisional yang mana mereka telah mengusahakan tanah dengan tanaman makanan untuk keperluan sendiri atau jualan yang berskala kecil dengan pengeluaran yang terhad serta penggunaan teknologi yang kurang kepenggunaannya.
Selari dengan dunia moden masa kini, sektor pertanian merupakan salah satu intipati sumber pendapatan yang amat bernilai dalam sesebuah Negara. Hal yang demikian kerana sektor pertanian adalah merupakan pembekal makanan serta sumber bahan mentah kepada semua lapisan masyarakat. Pertanian boleh didefenisikan sebagai proses output makanan dan barangan melalui pekebunan, penanaman, penternakan serta perhutanan.  Ini dapat dijelaskan dengan merujuk kepada senario pada masa kini yang mana pihak kerajaan kita sendiri amat menekankan sektor ini. Sebagai contoh industri kelapa sawit dan getah yang semakin meningkat serta mendapat permintaan yang tinggi daripada Negara luar selain untuk kegunaan rakyatnya. Menurut Fatimah 

Bukan itu sahaja, malah masyarakat juga turut terlibat dalam sektor pertanian disamping meningkatkan taraf hidup yang semakin tinggi dan menampung isi pendapatan keluarga. Kebijaksanaan sesebua Mohd.Arshad (2013), dalam rencana beliau yang mengatakan bahawa dengan merujuk kepada Rancangan Malaysia kesembilan (RMK9) yang menempah era kegemilangan untuk sektor pertanian dan usaha pihak kerajaan yang bijak dalam menyediakan pendekatan baru untuk mengembalikan semula era kecermelangan pertanian sebagai penjana ekonomi Negara kita. Negara dalam menaik taraf sektor pertanian dapat melihatkan kebolehan Negara tersebut membekalkan makanan yang mencukupi kepada rakyatnya. Sehubungan dengan itu, Negara-negara maju seperti China, Korea dan Jepun tidak sama sekali memandang ringan sektor pertanian di Negara mereka, akan tetapi meletakkan sektor ini diperingkat perniagaan global. Antara salah satu jenis dalam sektor pertanian yang diusahakan mereka iaitu industri sayur-sayuran dan tumbuhan herba. Bukan itu sahaja, melalui media masa pada hari ini yang mana setiap citarasa dalam makanan harian kebanyakannya lebih kepada sayur-sayuran dan buah-buahan disamping masyarakatnya menjaga kesihatan. Jelas sekali bahawa sektor pertanian bukan sahaja untuk kepentingan ekonomi, malah bagi mengekalkan tahap kesihatan. Tindakan serta langkah yang bijak dalam meningkatkan daya saing sesebuah Negara perlu diperkukuhkan untuk berhadapan dengan halangan dan cabaran seiring meningkatkan pertumbuhan sektor pertanian ini.